Saturday, 9 November 2013

20 FAKTA MENARIK TENTANG MATA MANUSIA!!!!!

  1. Mata manusia boleh mengesan 10 juta warna warna, tetapi ia tidak dapat melihat cahaya ultraungu atau inframerah. Serangga boleh melihat cahaya ultraungu.
  2. Mata anda berkelip sehingga lebih 27 397 kali dalam satu hari.
  3. Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram.
  4. Dalam keadaan yang sesuai, mata manusia boleh melihat cahaya lilin pada jarak 14 batu.
  5. Mata manusia boleh membezakan 500 warna kelabu.
  6. Mata anda boleh memproses 36,000 bit maklumat setiap jam.
  7. Berkelip dapat membantu untuk membersihkan bola mata. Ia memastikan bola mata kita bersih dan lembab. Selain itu, jika sesuatu objek semakin hampir mengenai mata kita, mata akan berkelip secara automatik.
  8. Badan kita mempunyai beberapa perlindungan semula jadi bagi mata kita. Bulu mata membantu untuk menjaga kotoran keluar dari mata kita. Kening dibuat untuk menjaga peluh daripada menitik ke dalam mata kita.
  9. Kajian tentang iris mata dipanggil iridology.
  10. Kornea ikan yu telah digunakan dalam pembedahan mata, kerana kornea berkenaan adalah serupa dengan kornea manusia.
  11. Penyebab buta nombor 1 di Amerika Syarikat adalah kencing manis. Manakala menurut kajian yang dilakukan oleh WHO penyebab utama buta di dunia adalah disebabkan oleh katarak (47.8%), glaukoma (12.3%), dan lain-lain lagi.
  12. Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram bersamaan 1 ounce.
  13. Mata manusia boleh membezakan 500 warna kelabu.
  14. Kornea adalah satu-satunya tisu hidup dalam tubuh manusia yang tidak mempunyai sebarang saluran darah.
  15. ‘Conjunctiva’ adalah membran yang menyelaputi mata manusia.
  16. Suatu ketika dahulu pelaut percaya bahawa memakai anting-anting emas dapat meningkatkan daya penglihatan mereka.
  17. Satu kajian yang telah diterbitkan oleh British Journal of Ophthalmology pada tahun 2003 telah menunjukkan bahawa pemakaian tali leher yang terlalu ketat boleh meningkatkan risiko glaukoma di kalangan lelaki.
  18. Manusia biasanya membaca 25% lebih perlahan di skrin komputer berbanding kertas.
  19. Lelaki dapat membaca cetakan yang lebih halus berbanding wanita.
  20. Semua bayi adalah buta warna apabila dilahirkan.
  21. Mata bayi tidak dapat mengeluarkan air mata sehingga mereka berusia enam hingga lapan minggu.
  22. Kecederaan mata akibat dariapda alat solek biasanya berpunca daripada ‘mascara wand’ (benda yang macam berus buat sapu maskara tu). Jadi berhati-hati la gadis-gadis sekalian ye icon smile 20++ Fakta Menarik Tentang Mata Manusia
  23. Sesetengah orang akan mula bersin jika mereka terdedah pada cahaya Matahari atau jika cahaya disuluh ke arah mata mereka.
  24. Ia adalah mustahil untuk bersin dalam keadaan mata yang terbuka.
  25. Ruang antara kening dipanggil Glabella
  26. Untuk pengetahuan tambahan sila la perhatikan nama bahagian-bahagian mata di bawah ini ye hehe
eye 20++ Fakta Menarik Tentang Mata Manusia
anatomi mata diambil daripada eyemakeart.wordpress.com

Hehe macam mana dah cukup terpegun dengan kehebatan mata anda? Jadi bersyukur lah ye dengan nikmat mata yang telah dikurniakan kepada kita ini. Sila la jaga dengan baik dan tidak mempersiakannya icon smile 20++ Fakta Menarik Tentang Mata Manusia Anda juga mungkin berminat koleksi gambar mata yang sangat cantik ini pula kan hehehe.
cisdel mata 20++ Fakta Menarik Tentang Mata Manusia

~ TEKA - TEKI ~

Soalan 1: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?

Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!

Soalan 2: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan

Soalan 3: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…

Soalan 4: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?

Soalan 5: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.

Soalan 6: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

Jawapan: Pisang Goreng

Soalan 7: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!

Soalan 8: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?

Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

Soalan 9: Apakah haiwan yang berkaki 3?

Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.

Soalan 10: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD. 

10 TIPS MEMILIH & MENGGUNAKAN PERFUME DENGAN BETUL!!!!

Assalamualaikum semua

Aku peminat tegar perfume. Memang dari dulu lagi aku suka sangat perfume. Bila dah pegang duit sendiri ni macam-macam perfume aku beli. Kadang tu, yang satu belum sempat habis pun aku dah beli baru. Aku suka tukar-tukar perfume. Pergi kelas tu, hari ni perfume bau ni.. esok bau lain. Sebab aku suka ikut mood. 

Memang kebanyakan perfume perempuan berbau manis dan lembut, tapi ada yang bau ala-ala fruity, flora dan elegant kan. So far sepanjang aku beli perfume ni... biasanya aku tertarik dengan bau flora dan manis. Semanis orangnya gitu kan! Hehehe. 


Oh, Kirin kawan aku tu selalu buat part time jual perfume kat Prangin Mall, Penang. Jadi dia memang selalu ajar aku macam mana nak pilih perfume yang terbaik. So ini ada beberapa tips untuk pilih & guna perfume : 

  1. Ramai orang keliru dan tak tahu apa itu EDP & EDT. EDP ialah Eau De Parfume manakal EDT adalah Eau De Toillete. EDP merupakan perfume yang mengandungi 8-15% cairan original perfume dan baunya boleh bertahan sehingga 5-8 jam. EDT pula adalah lebih ringan dan mengandungi sekita 4-8% cairan original perfume tersebut. Daya tahan lama bau pulak adalah 2-5 jam. Jadi digalakkan untuk kita memilih EDP.
  2. Untuk mengenal pasti keaslian perfume kita tu, salah satu caranya adalah dengan melihat kejernihan perfume. Apabila dimasukkan hos halus tu, jika ia samar-samar dan tak kelihatan maka ia adalah perfume original kerana kadar minyak yang digunakan tinggi. Tetapi jika ia jelas kelihatan, ada campuran yang diletakkan. 
  3. Apabila kita try perfume, adalah digalakkan untuk cuba mencium tidak melebih 3 bau dalam satu-satu masa. Selepas cium 3 bau tu, kita mintak bau kopi pada penjual supaya neutralise semula sense bau kita. Jika kita tak buat gitu, otak kita tak dapat menilai bau yang sebenar dari perfume tu.
  4. Perfume bertindak balas lebih kurang 15 minit dengan bau dan badan kita. Jadi adalah digalakkan untuk memilih perfume yang bersesuaian dengan bau dan badan kita kerana ada perfume yang jika bercampur dengan bau badan akan menyebabkan ketidak selesaan bau. 
  5. Digalakkan untuk menyembur perfume di bahagian nadi kita seperti di pergelangan tangan, dan di bahagian leher. Ini adalah supaya bau perfume itu mudah menyerap dan bergaul dengan bau badan kita. 
  6. Dilarang sembur perfume pada fabrik pakaian terutama sutera kerana ini akan merosakkan fabrik dan menghakis warna fabrik. 
  7. Dilarang sama sekali selepas kita spray perfume untuk menggosoknya. Ini akan memecahkan partikel dalam perfume dan boleh menyebabkan baunya berubah. Selepas dispray, biarkan ia selama 10-15 minit dan baunya akan tahan lebih lama! 
  8. Jangan spray perfume pada tempat-tempat sensitif seperti bawah lengan, mata dan lain-lain. Perfume sifatnya adalah kuat jadi dikhuatiri anda akan terkena skin rash pulak! 
  9. Adalah dilarang sama sekali untuk letakkan perfume di bawah cahaya matahari atau tempat berhaba tinggi. Sama jugak di dalam kereta yang panas. Sebab ini akan mengubah bau dan partikel perfume serta mengurangkan kuantiti perfume akibat evaporation. 
  10. Tidak menjadi masalah untuk lelaki memakai perfume aroma wanita kerana ia lembih lembut dan boleh masuk dengan bau badan mereka, tetapi perempuan tak boleh pakai perfume aroma lelaki kerana baunya yang kuat dan tidak sesuai dengan bau badan perempuan. 


Harapnya lepas ni korang boleh beli dan pilih perfume dengan betul. Bau yang sesuai dengan korang boleh buat korang rasa awesome satu hari!! Gitu! :) Macam aku, most favourite aku adalah Tresor by Lancome. Tapi baru ni aku beli Poppy Blossom by Coach rasa jatuh cinta pulak dengan dia. But lifetime favourite aku mestilah daily perfume aku dari Victoria Secret. Korang suka mana?




p/s : Sapa sini suka perfume jugak? Angat ketiak!!!

~ 12 STEP UNTUK DAPATKAN SOLEKAN SMOKEY EYE ~

Assalamualaikum para readers :)

Hari ini macam terlebih baik sudah pulak nak ajarkan cara-cara buat smokey eyes. Dengan semudah satu,dua,tiga sampai doblas anda mampu memiliki sepasang mata yang sudah ditatarias cantik. Selalunya, orang akan buat video untuk tutorial tapi kali ini Syaza nak buat lain sikit, ermm lain pun tak lainlah khenn. Letak gambar sahaja. Di harap dengan hanya menunjukkan gambar sahaja mampu membuatkan anda faham cara teknik solekan smokey eyes ni.


#1 : Dengan mata tanpa solekan, sapukan eyebase berwarna putih ke seluruh kelopak mata. Eyebase ni boleh guna eyeshadow warna putih / krim.

#2 : Menggunakan eyeliner berwarna hitam jenis pensil (lebih afdhal Soft Koht Kajjal from Sendayu Tinggi), lukis bentuk di hujung mata dan di atas garisan pelipat kelopak mata. Tak faham? Tengok cara ke 3.

#3 : Mata akan kelihatan seperti begini setelah dilukis. Tadi Syaza cakap lukis atas pelipat kelopak mata kan? Haa nampak tak di gambar no 3 tu? Macam tulah :)

#4 : Setelah mata siap dilukis dengan menggunakan pensil celak hitam, sapukan eyeshadow (ikut warna kesukaan) jenis shinning untuk kesan mata yang memukau di seluruh kelopak atas bola mata. Bila anda sapu eyeshadow ni, anda akan rasa bola mata kelopak anda dan ingat sapuan hendaklah tidak melebihi dari permukaan bola mata tersebut. 


#5 :  Sapukan lagi warna eyeshadow warna kuning keemasan / warna kesukaan anda (pastikan lebih terang dari warna eyeshadow tadi) seperti di atas. Blend dengan lukisan yang menggunakan celak hitam tadi untuk nampak lagi lembut dan sebati.

#6 : Sapukan eyeshadow berwarna putih di hujung mata

#7 : Dan sapukan eyeshadow di tulang kening atas eyeshadow warna kuning tadi untuk efek tulang kening nampak tinggi.

#8 : Menggunakan blend brush, blend sekali lagi warna eyeshadow seperti gambar di atas.


#9 : Sapukan eyeliner pensil berwarna hijau /warna kesukaan anda di bawah mata. Jika tiada eyeliner pensil berwarna warni, jangan risau boleh guna berus sapukan eyeshadow warna hijau/ warna kesukaan anda di bawah mata.

#10 : Sapukan pula eyeshadow berwarna kuning di bawah mata. Untuk kesan lebih memukau, hitamkan bawah mata dengan menggunakan Kajjal.

#11 : Langkah terakhir, sapukan maskara di bulu mata atas dan bawah. Pasangkan bulu mata palsu untuk kesan mata yang lebih dramatik. Jika tidak mahu menggunakan bulu mata palsu, pastikan bulu mata anda dikepit dahulu menggunakan pengepit bulu mata kemudian gunakan maskara jenis fiber untuk lentikan semulajadi.

#12 : Akhirnya smokey eyes menjadi milikku. Now everyone can get smokey eyes! ;)

SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN PLASTIK!!!!!!

Orang - orang Korea Selatan mempunyai kadar tertinggi di dunia kecenderungan melakukan pembedahan plastik. 1 daripada 5 wanita di Seoul melakukannya. Kini, pembedahan plastik di Korea Selatan tidak hanya dipelopori oleh kaum hawa saja, malah para lelaki pun tak mau kalah untuk memakukan pembedahan plastik. Mereka melakukan hal itu hanya kerana ingin menjadi orang yang lebih sempurna secara fizikal...















APA ITU FESYEN??????


Fesyen secara zahirnya membabitkan pakaian yang kita pakai, tarian yang kita tarikan, kereta yang kita pandu, gaya potongan rambut serta pelbagai aspek yang lain. Fesyen itu mempengaruhi gaya hidup dan memberikan kesan pada setiap peringkat kehidupan. Fesyen dikatakan adalah aliran yang lazim merebak pada masyarakat selari dengan sejarah dunia. Fesyen merupakan keinginan untuk perubahan, dan ini menjadikan ia sebahagian daripada asas kelengkapan kehidupan.
                                                 

Manusia mula menutup badan mereka untuk memanaskan badan dan supaya kelihatan sopan, tetapi perhiasan dan dekorasi telah dulu menjadi aspek penting dalam berpakaian. Tekanan daripada rakan-rakan dan perubahan gaya hidup mempengaruhi jenis perhiasan yang dapat diterima pada sesuatu masa atau zaman atau kelompok masyarakat.

Pada asasnya, tujuan manusia memakai pakaian masih tidak berubah dulu dan kini. Hari ini kita masih memakai pakaian untuk tidak menjolok mata, tetapi pilihan kita dalam berpakaian dipengaruhi oleh keinginan untuk menghias diri.

Pakaian adalah medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Dengan hanya melihat gaya seseorang berpakaian kita boleh mengandaikan tentang status sosial, identiti jantina, orientasi politik, etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka.

Antara ciri fesyen yang hebat adalah ianya sentiasa berubah dan tidak statik. Ianya berlaku terlalu cepat, sesuatu yang in fashionboleh bertukar menjadi out of fashion pada bila-bila masa. Apa yang kita lihat mungkin pereka membuat perubahan ini mengikut mood dan kehendak hati, tetapi realitinya rekaan mereka hanya akan diterima masyarakat jka ianya benar-benar dapat mencerminkan zaman atau dekad pada waktu tersebut.

Hari ini bahasa fesyen dipertuturkan, dari New York hingga ke Tokyo dan ia sudah pergi jauh dari tempat yang dikatakan asalnya iaitu Perancis. Aliran fesyen terbaru mungkin datang dari London, India, Hong Kong ataupun tidak mustahil nanti mungkin dari Kuala Lumpur, tetapi mungkin juga datangnya bukan daripada idea pereka.

Kini bahagian pemasaran dan promosi dalam sesuatu organisasi sentiasa boleh mempromosikan nama sesiapa jua sehingga ianya menjadi sebutan, ikutan atau fashionable. Apa sahaja barangan seperti T-shirt hingga kasut sukan boleh menjadi kegilaan peminat fesyen.

                                                     

Diawal abad ke 21 ini, sekali lagi kita boleh melihat korset (corset) dan pinggul bustel (bustle) yang mendominasi aliran fesyen diawal abad ke 20, muncul kembali dipersada fesyen antarabangsa. Kini dada dan pinggul memainkan peranan utama untuk menawan hati sesiapa yang melihat, agak kontroversi? Mungkin fenomena ini yang mendefinasikan budaya moden, apapun terpulang pada perspektif masing-masing,

Fesyen sememangnya berubah. Kini apabila wanita moden memakai korset dan pereka merahsiakan identiti mereka disebalik label tertentu adalah kerana mereka bebas untuk berbuat demikian bukan kerana terpaksa, tekanan dan sebagainya. Yang pasti manusia akan terus-terusan menikmati keseronokan dengan fesyen, mengapa tidak?
That’s the beauty of fashion!