Saturday, 9 November 2013

~ 12 STEP UNTUK DAPATKAN SOLEKAN SMOKEY EYE ~

Assalamualaikum para readers :)

Hari ini macam terlebih baik sudah pulak nak ajarkan cara-cara buat smokey eyes. Dengan semudah satu,dua,tiga sampai doblas anda mampu memiliki sepasang mata yang sudah ditatarias cantik. Selalunya, orang akan buat video untuk tutorial tapi kali ini Syaza nak buat lain sikit, ermm lain pun tak lainlah khenn. Letak gambar sahaja. Di harap dengan hanya menunjukkan gambar sahaja mampu membuatkan anda faham cara teknik solekan smokey eyes ni.


#1 : Dengan mata tanpa solekan, sapukan eyebase berwarna putih ke seluruh kelopak mata. Eyebase ni boleh guna eyeshadow warna putih / krim.

#2 : Menggunakan eyeliner berwarna hitam jenis pensil (lebih afdhal Soft Koht Kajjal from Sendayu Tinggi), lukis bentuk di hujung mata dan di atas garisan pelipat kelopak mata. Tak faham? Tengok cara ke 3.

#3 : Mata akan kelihatan seperti begini setelah dilukis. Tadi Syaza cakap lukis atas pelipat kelopak mata kan? Haa nampak tak di gambar no 3 tu? Macam tulah :)

#4 : Setelah mata siap dilukis dengan menggunakan pensil celak hitam, sapukan eyeshadow (ikut warna kesukaan) jenis shinning untuk kesan mata yang memukau di seluruh kelopak atas bola mata. Bila anda sapu eyeshadow ni, anda akan rasa bola mata kelopak anda dan ingat sapuan hendaklah tidak melebihi dari permukaan bola mata tersebut. 


#5 :  Sapukan lagi warna eyeshadow warna kuning keemasan / warna kesukaan anda (pastikan lebih terang dari warna eyeshadow tadi) seperti di atas. Blend dengan lukisan yang menggunakan celak hitam tadi untuk nampak lagi lembut dan sebati.

#6 : Sapukan eyeshadow berwarna putih di hujung mata

#7 : Dan sapukan eyeshadow di tulang kening atas eyeshadow warna kuning tadi untuk efek tulang kening nampak tinggi.

#8 : Menggunakan blend brush, blend sekali lagi warna eyeshadow seperti gambar di atas.


#9 : Sapukan eyeliner pensil berwarna hijau /warna kesukaan anda di bawah mata. Jika tiada eyeliner pensil berwarna warni, jangan risau boleh guna berus sapukan eyeshadow warna hijau/ warna kesukaan anda di bawah mata.

#10 : Sapukan pula eyeshadow berwarna kuning di bawah mata. Untuk kesan lebih memukau, hitamkan bawah mata dengan menggunakan Kajjal.

#11 : Langkah terakhir, sapukan maskara di bulu mata atas dan bawah. Pasangkan bulu mata palsu untuk kesan mata yang lebih dramatik. Jika tidak mahu menggunakan bulu mata palsu, pastikan bulu mata anda dikepit dahulu menggunakan pengepit bulu mata kemudian gunakan maskara jenis fiber untuk lentikan semulajadi.

#12 : Akhirnya smokey eyes menjadi milikku. Now everyone can get smokey eyes! ;)

No comments:

Post a Comment